colmar tropicale

Colmar Tropicale merupakan hotel yang terletak di pusat peranginan Bukit Tinggi, Pahang. Kami sekeluarga berpeluang menginap di sini dalam perjalanan balik ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur.

Perjalanan dari Tol Gombak mengambil masa lebih kurang sejam sebelum sampai ke susur keluar Bukit Tinggi. Dari susur keluar tersebut, pendakian bermula selama kira-kira setengah jam.

Terdapat sebuah pintu masuk dengan pos kawalan yang perlu dilalui untuk masuk ke kawasan peranginan ini. Bayaran adalah sebanyak RM16.00 untuk seorang dewasa dan RM8.00 seorang kanak-kanak.

Bayaran masuk ini akan dikembalikan bagi penginap hotel, boleh dituntut di kaunter pendaftaran. Pintu masuk ke hotel adalah melalui pintu gerbang besar ala kota lama Inggeris. Terletak selepas bulatan (roundabout).

colmar tropicale

Sampai je di kawasan bulatan tersebut, anda boleh turun dari kenderaan dan berjalan kaki masuk ke hotel atau parking di parking bawah tanah. Had tinggi kenderaan bagi parking bawah tanah adalah 1.2 meter. Honda BRV dengan roofbox slim design confirm boleh masuk.

Hotel ini terdiri dari beberapa blok yang bersambung di bahagian parking bawah tanah. Lepas parking, naik ke lobi melalui lif yang pertama sekali dari pintu masuk parking.

Selesai urusan pendaftaran, boleh memilih sama ada hendak berjalan menikmati pemandangan melalui aras tanah atau turun ke parking dan naik melalui lif blok masing-masing.

Di Colmar Tropicale terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan tapi sediakan duit mencukupi. Di sini juga disediakan kolam renang yang mana airnya memang sejuk gila. Kolam ini adalah kolam outdoor dan tiada akses dari parking. Kalau nak ke kolam perlu melalui laluan aras tanah.

Bilik hotel kat sini agak usang dengan perabut ala Inggeris dan baunya kadang-kadang ada bau masam macam bau arak. Bilik kami ada bath tub tapi bath tub ni dah retak.

Suasana kat sini memang sejuk. Rasa macam berada di negara iklim sejuk.

Esoknya kami bergambar di sekeliling Colmar Tropicale lepas sarapan pagi di restoran hotel. Sarapan pagi tak banyak pilihan, cukup untuk isi perut je. Ikut style orang putih mana makan banyak-banyak kan.

Lepas sesi bergambar, kami bersiap untuk pulang dan check out seterusnya menuju je Japanese Tea Garden. Kat sini kena hiking sikit dalam 1 kilometer.

japanese tea garden

Kalau nak ambik gambar dalam rumah teh Jepun, wajib sewa kimono. Kalau tak nak sewa, boleh ambik gambar kat replika rumah Jepun kat luar. Model rumah Jepun kat sini memang real dan rasa berbaloilah mendaki sambil dukung anak kecik ni.

Pada yang berminat untuk ke Colmar Tropicale, boleh dapatkan harga istimewa melalui partner ini. Klik sini dan buat tempahan sekarang.

4 Comments

  1. I am really happy to glance at this web site posts which carries plenty of helpful data,
    thanks for providing such information.

  2. Hi i am kavin, its my first occasion to commenting anywhere, when i read this post i thought i could also create comment due to
    this brilliant piece of writing.

  3. Nice blog right here! Also your website lots up fast!
    What web host are you the use of? Can I am getting your associate link to your host?
    I desire my site loaded up as quickly as yours lol

  4. Hi there! Quick question that’s completely off topic. Do you know how to make your site
    mobile friendly? My web site looks weird when viewing from my iphone.
    I’m trying to find a theme or plugin that might be able to
    resolve this issue. If you have any suggestions, please share.
    Thank you!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *