Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Colmare Tropicale terletak nun jauh di punjak bukit tinggi merupakan salah sebuah hotel dengan tema France di Bukit Tinggi. Hotel ini mempunyai beberapa blok bangunan billik di atas permukaan tanah.

Parking untuk semua blok ini terletak di bahagian bawah tanah. Kenderaan tidak boleh masuk ke lobi. Semua kenderaan perlu ke parking bawah tanah seterusnya naik ke lobi menggunakan lif.

Tinggi maksimum kenderaan untuk parking bawah tanah ini yang ditunjukkan di palang adalah 1.9 meter tetapi sebenarnya 2.1 meter. Jangan bimbang kerana petugas di luar parking tengok je dah tau lepas ke tak lepas.

Parking dan lobi Colmar Tropicale

Sekiranya anda ditahan oleh petugas di luar berdekatan roundabout disebabkan tinggi kenderaan anda, sila beritahu untuk cuba dahulu. Hanya petugas di parking sahaja yang boleh dipercayai.

Di lobi, kami disambut oleh bellboy dan beberapa baju perisai zaman pertengahan. Urusan di lobi adalah lancar dan tiada masalah. Seterusnya kami diberi kunci bilik dan ditunjukkan ke bilik.

Lobi hotel terletak di blok pertama dari pintu gerbang, kami memilih untuk berjalan melalui jalan atas tanah. Sekiranya hujan, anda boleh turun kembali ke tingkat bawah tanah dan menggunakan laluan bawah tanah ke blok bekatitan.

Bilik Colmar Tropicale

Bilik kami di Colmar Tropicale terletak di blok yang sama dengan restoran untuk sarapan. Masuk dalam bilik, ada bau masam seakan-akan bau arak atau anggur.

Kebanyakan bilik di sini nampak usang tetapi bersih. Bilik air kami mempunyai bath-tub tetapi sudah retak jadi kami tak guna pun bath tub tu.

Bilik kami adalah bilik dengan 1 bedroom. Ada 1 katil queen di luar dan 1 katil king dalam bilik. Bilik air ada 1 sahaja. Cerek elektrik dan peti sejuk ada disediakan dalam bilik.

Menara Tinjau

menara tinjau colmar tropicale
Pemandangan dari atas menara tinjau

Di hujung Colmar Tropicale terdapat sebuah menara tinjau yang boleh dinaiki menggunakan tangga atau lif. Ketinggiannya lebih kurang bangunan 3 tingkat. Dari sini anda boleh melihat pemandangan di sekitar bukit tinggi dan di Colmar Tropicale sendiri.

Kolam Renang

Jangan terkejut, di Colmar Tropicale ada kolam renang di belakang blok paling hujung. Boleh turun melalui tangga di tepi Starbucks atau melalui jalan belakang blok, Ground Floor.

kolam colmar tropicale

Shuttle ke sekitar Bukit Tinggi

Di luar pintu gerbang Colmar Tropicale, ada disediakan perkhidmatan shuttle percuma ke kawasan sekitar Bukit Tinggi. Kami tidak menggunakan perkhidmatan ini kerana kami hanya menginap satu malam sahaja dan sampai lewat petang hari sebelumnya

colmar tropicale shuttle schedule

Pemandangan di Colmar Tropicale

pintu gerbang colmar tropicale
parking bas colmar tropicale
telaga colmar trocipale

  • Harga
  • Kebersihan
  • Selesa
3.5