Cafe Istiqamah, Paka

Cafe Istiqamah di Paka terletak dalam kawasan yang boleh dikatakan kawasan kampung. Lokasinya terletak di tepi jalan anak tidak jauh dari jalan besar Kuantan-Kuala Terengganu.

Suasana

Kedudukan cafe ini bukan di tepi jalan utama menawarkan suasana yang tenang dan kurang berserabut sekiranya pelanggan tidak ramai.

Pelanggan kebanyakan datang dari golongan pekerja di sektor industri oil and gas berdekatan dan golongan belia.

Servis

Tipikal seperti kebanyakan cafe dalam kampung, sekiranya pelanggan ramai, servis jadi lambat sedikit. Saya pernah menunggu hampir 45 minit bagi satu pesanan ringkas untuk take-away.

Kalau pelanggan kurang, servisi di sini boleh diterimalah. Kalau ada lebih dari 4 meja sedang menunggu pesanan saya akan menuju ke kedai lain sebab akan jadi lambat.

Kebersihan

Kebersihan di kedai ni tidaklah di tahap kedai mewah tetapi bukanlah tahap kotor. Kalau bahasa Inggeris orang sebut so-so jelah. Mungkin disebabkan cafe ini adalah family-business dan tidak cukup kakitangan.

Meja akan dibersihkan selepas pelanggan selesai makan atau minum dan sekiranya ada yang tertinggal mereka akan membersihkannya apabila pelanggan seterusnya duduk.

Papn tanda larangan merokok jelas terpampang di kedai ini tetapi macam biasalah, kedai kampung mana ada orang ikut. Tambah pulak kalau yang datang tu orang tua acah-acah otai.

Pandai-pandailah cari meja yang jauh dari perokok tak makan saman atau pilihan terbaik, bungkus. Macam saya, memang saya bungkus je kat sini sebab saya lebih selesa makan di rumah.

Harga

CAfe istiqamah

Sekiranya dibandingkan dengan kedai-kedai makan berdekatan dalam kawasan oil and gas Paka ni, harga di kedai ni adalah jauh lebih murah. Mungkin ini yang menjadi faktor penarik bagi kedai ini walaupun tidak berada di tepi jalan utama.

Rasa

Bulan Ramadhan lepas, saya ada beberapa bungkus makanan untuk berbuka di kedai ini. Pada waktu tu, lidah saya ni rasa masakan di sini terlebih masin.

Selepas bulan Ramadhan, rasa bagi makanan di sini dah bertambah baik dan pada saya ada peningkatan. Bagi lidah orang biasa macam saya, bolehlah telan.

Pilihan berbaloi untuk jimat

Bagi mereka yang mencari pilihan yang berbaloi dengan harga berpatutan dan jimat, kedai ini boleh dijadikan salah satu pilihan anda. Terutamanya bagi penduduk di kawasan industri oil and gas di Paka ini.

  • Lokasi
  • Kebersihan
  • Kesedapan
  • Servis
  • Kenyang
  • Harga
3.8