Cofeology Cafe, Melaka

Cafeology Cafe, Melaka terletak di Bukit Berang, Melaka berdekatan dengan Multimedia University.

Saya berpeluang untuk berkunjung ke restoran ini ketika mini family day keluarga belah saya di Melaka. Kami menginap di Kainsal Homestay, Bukit Katil.

Perjalanan dari Bukit Katil ke restoran ini mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.

Lokasi

Lokasi Cofeology Cafe berdekatan dengan Multimedia University Melaka menjadikannya amat strategik. Tambahan pula ianya berdekatan dengan tempat pelancongan terkenal di Melaka seperti zoo melaka, Taman buaya dan lain-lain.

Cofeology Cafe ni letaknya bukanlah betul-betul di tepi jalan tetapi ke dalam sedikit. Saya pun terlajak ke depan dan terpaksa meletakkan kenderaan jauh sedikit lokasi restoran kerana jalan di hadapan bangunan restoran adalah jalan sehala.

Setting Cofeology Cafe

Setting restoran ini lebih pada santai dan rileks. Cuma ada meja yang letaknya seperti huruf T dengan belakang kerusi lain menjadikan privasi pelanggan agak terganggu.

Di Cafeology ini juga disediakan satu set sofa yang saya sendiri tak tahu apakah ianya hanya boleh ditempah khas atau berkonsepkan siapa cepat dia dapat.

Layanan di Cafeology

Kami diberikan menu oleh pekerja Cafeology sebaik sahaja kami duduk dan menyesuaikan diri. Pekerja di sini nampak macam pekerja sambilan dari golongan pelajar. Bagaimanapun mereka tahu dan sudah mahir dengan menu yang ditawarkan

Servis di Cafeology

Jika hendak dibandingkan dengan standard restoran makanan segera, servis di sini agak lambat. Restoran masih kosong dan tidaklah penuh tetapi kami terpaksa menunggu hampir sejam sebelum mendapat makanan yang ditempah.

coffeology melaka lambat
Penantian

Abang ipar saya mendapat makanan yang lain dari yang ditempah. Dah tunggu dekat sejam dapat pula makanan lain. Memang stress kawan tu.

Mereka memberi alasan makanan yang ditempah tak ada jadi mereka dengan pandai-pandainya tukar ke makanan yang hampir sama tapi berbeza kategori (ikan/ayam/daging).

Perkara ini adalah pantang besar dalam industri makanan kerana ada orang alergi dengan beberapa jenis makanan. Jadi pihak restoran wajib bertanya pelanggan sekiranya ingin menukar menu.

Rasa dan harga di Cafeology

Satu perkara yang merubah persepsi saya terhadap Cafeology adalah rasanya. Daging burger dibuat sendiri dengan sos dan kepingan daging yang menyelerakan menghilangkan kemarahan saya akibat penantian yang agak panjang tadi.

menu coffeology melaka
Menu cofeology

Harga yang dikenakan pada saya munasabah dengan rasa dan lokasi serta kelasnya iaitu restoran makanan barat.

Kenyang

Untuk insan yang mempunyai berat badan 100kg bahagian makanan yang ditawarkan sudah cukup mengenyangkan.

Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain, semuanya berpuas hati dengan tahap kekenyangan makanan di sini.

  • Lokasi
  • Kebersihan
  • Kesedapan
  • Servis
  • Kenyang
  • Harga
4.5