Pakej Penyu Resort World Kijal

Pakej Penyu Resort World Kijal atau dalam bahasa Inggerisnya Sea Turtle Package adalah pakej istimewa di Resort World Kijal.

Resort World Kijal lebih dikenali dengan nama Awana Kijal di kalangan penduduk tempatan. Lokasinya di pesisir Pantai Kemasek menjadikan Resort World Kijal antara tempat penginapan pilihan bagi pengunjung ke Kemaman dan Dungun.

Kami sekeluarga telah memilih untuk menyertai Pakej Penyu Resort World Kijal baru-baru ini. Pakej ini hanya dibuka bermula 1 April hingga 30 September setiap tahun.

Pakej ini merupakan pakej 3 hari 2 malam dengan aktiviti menyaksikan penyu bertelur atau pelepasan anak penyu sekiranya kedua-dua malam penginapan tidak ada penyu mendapat.

Tempahan

Kami membuat tempahan melalui traveloka kerana kami ada baucer diskaun dari traveloka yang diberikan kepada pelanggan setia traveloka.

Pakej ini termasuk bilik premier sea view dan sarapan untuk 2 Dewasa. Memang berbaloi.

Check In

Kami tiba di Resort World Kijal lebih kurang jam 4 petang. Proses check in berjalan lancar. Selepas meletakkan beg di tepi tangga lobi, saya terpaksa naik ke lobi untuk mengambil troli kerana bellboy tidak ada di lokasi.

Selepas memuatkan semua barang ke atas troli, saya tinggalkan troli berdekatan dengan isteri di kaunter check-in dan menuju ke tempat letak kereta di hadapan bangunan penginapan.

rw kijal
Lobi dan foyer

Tempat Letak Kereta

Tempat letak kereta di Resort World Kijal adalah di hadapan bangunan penginapan di sebelah kiri dan kanan.

Tempat letak kereta adalah tidak berbumbung. Hanya penginap di bilik suite sahaja dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di hadapan lobi di bawah bumbung foyer.

Resort World Kijal menawarkan bilik suite premier, deluxe dan duplex yang hanya boleh ditempah direct dengan hotel sahaja.

Premier Sea View Room Rw Kijal

Perkara pertama yang keluar dari mulut kami sebaik membuka pintu bilik adalah WoW kerana biliknya agak luas dengan pemandangan pantai dan kolam renang yang cantik.

Bilik ini dilengkapi dengan tab mandi yang dipisahkan dengan tingkap. Jadi kami boleh mandi sambil menonton television.

Juga disediakan tandas dan shower yang berasingan.

Belakang tingkap ni bath tub
Tandas dan shower asing

Perabut dan kelengkapan

Kaki meja di bilik ni adalah daripada material besi yang menjadikannya kurang selamat untuk bayi. Anak saya hampir terkena kaki besi meja waktu dia terjatuh semasa berjalan dalam bilik di Resort World Kijal ini.

Perabut yang lain nampak masih baru dan berfungsi. Peti keselamatan juga disediakan dan berfungsi dengan baik. Television yang disediakan adalah TV led lengkap dengan siaran dari unifi hypptv.

Kolam Renang

Salah satu faktor penarik di Resort World Kijal ini adalah kolam renang yang boleh dipanggil mini water park.

Kolam renang di sini deelngkapi dengan lifeguard yang akan bertugas secara aktif di musim cuti sekolah.

Tengok Penyu Tellor

Jam 10 malam hari pertama, staf telefon ke bilik memaklumkan ada penyu mendapat dan mendapatkan kepastian dari kami sama ada kami ingin menyertai aktiviti malam itu atau tidak.

Kami turun ke kaunter untuk aktiviti penyu dimaklumkan bahawa harga pakej adalah untuk 2 Dewasa sahaja. Jadi kami perlu membayar tambahan RM70 untuk seorang anak kami yang darjah 4. Yang 6 tahun dan setahun adalah percuma.

Selepas menunggu kehadiran peserta lain lebih kurang 10 minit, nampaknya hanya kami sahaja yang akan menyertai aktiviti malam tersebut.

Kami dibawa ke tempat pendaratan penyu yang terletak tidak jauh dari bangunan penginapan dengan menaiki van sehingga ke kawasan pantai. Dari situ kami berjalan kaki lebih kurang 5 minit untuk ke lokasi penyu bertelur.

Dalam perjalanan ke tempat yang dituju tiba-tiba pemandu pelancong berlari ke hadapan. Kemudian dia memaklumkan ada satu lagi penyu baru naik. Jadi dia minta staf dari hotel untuk memadamkan lampu suluh.

Penyu amat sensitif dengan lampu putih. Geng penjaga penyu ni diorang ada lampu khas yang mengeluarkan cahaya berwarna merah.

Kami teruskan perjalanan ke tempat sebenar yang kami tujui. Sampai di sana penjaga penyu menerangkan serba sedikit berkenaan penyu dan sifatnya.

Antara yang diterangkan, penyu akan balik bertelur di tempat dia menetas. Bermaksud penyu yang menetas di Kemasek akan balik ke Kemasek untuk bertelur walaupun dia sudah merantau ke seluruh dunia.

Akhir sesi, kami diberi peluang untuk bergambar bersama penyu dan telur penyu dengan menggunakan pencahayaan dari lampu merah mereka.

Penyu agar
Telur penyu

Sarapan

Sarapan di Resort World Kijal pada saya adalah berbaloi. Harga pakej ini adalah percuma sarapan untuk 2 orang tetapi caj tambahan untuk kanak-kanak adalah tertakluk pada staf yang menjaga kaunter pintu masuk sarapan. Kalau dia rasa perlu cah, dia akan caj kalau dia rasa anak tu makan sikit je tak perlu caj, tak caj.

Makanan yang disediakan adalah dari jenis makanan tempatan (nasi minyak, nasi dagang), western (roti dan kek) dan Chinese (mee, dim sum, pau).

Lalat dan semut

Satu perkara yang perlu diperbaiki pihak pengurusan adalah kebersihan makanan. Hari pertama kami sarapan ada lalat hinggap pada roti pusing yang disediakan. Saya memaklumkan pada krew yang ada, tapi saya tak pasti dia ambil roti tu atau sekadar halau lalat tersebut.

Hari kedua pula ada semut hurung kuih yang disediakan. Yang ni saya dah fed up, saya tak beritahu staf sebab semut ni semua orang boleh nampak. Lalat hanya hinggap sekejap je.

  • Lokasi
  • Kebersihan
  • Keluasan Bilik
  • Harga
4.1