Buffet Ramadhan di Rumbia Resort

Isnin lepas, saya dan rakan sepejabat telah menempah buffet Ramadhan di Rumbia Resort, Paka, Terengganu.

Jamuan berbuka puasa ini diadakan bersempana meraikan kakitangan dan pelanggan kami dari Petronas Penapisan Terengganu. Kami telah berjaya menyiapkan beberapa projek di PPTSB ketika mereka menutup operasi untuk shutdown bulan Mac hingga April 2019.

Ini adalah kali kelima saya berbuka puasa di Rumbia Resort sepanjang saya bekerja di kawasan Paka dari tahun 2008 hingga tahun ini. Pengalaman saya berbuka puasa di sini, kambing golek Rumbia selalu menjadi rebutan.

Tempahan

Proses tempahan dibuat oleh staf kami melalui telefon seminggu sebelum tarikh tempahan. Kami meminta sedikit masa untuk confirmkan bilangan tetamu Dewasa dan kanak-kanak kerana harganya berbeza.

Selepas membuat jemputan rasmi kepada client kami dan mereka membalas RSVP kami, staf kami menconfirmkan bilangan tetamu Dewasa dan kanak-kanak yang akan hadir dan mereka mengeluarkan sebutharga.

Harga untuk Dewasa adalah RM57.80 dan kanak-kanak RM38++. Bagi setiap 10 orang dewasa, percuma untuk seorang Dewasa.

Reception

Saya sampai jam 6.40petang, lebih kurang 25minit sebelum berbuka puasa. Terdapat 3 orang staf Rumbia Resort di bahagian sambutan. Perjalanan masuk dari pintu masuk Rumbia Resort ke tempat parking adalah lancar dengan beberapa pekerja di tempatkan di simpang-simpang untuk menunjuk arah ke parking.

Staf di bahagian sambutan membawa saya hingga ke tempat yang dikhaskan untuk syarikat tempat kerja saya, Dominant Energy Sdn Bhd. Kami diberikan tempat di dalam dewan kecik yang sedikit terpisah Daripada kumpulan lain.

Waktu saya sampai makanan sudah siap terhidang dan pelanggan boleh mula mengambil makanan yang dikehendaki.

Iftar

Saya bercadang untuk berbuka dengan makanan ringan dahulu kemudian solat Maghrib dan sambung makan lepas solat.

Makanan yang saya ambil untuk berbuka adalah sup kambing, roti, lembu bakar, sosej, Mi kari dan kuih muih.

Lepas makan saya dah mula rasa kenyang dan menuju ke surau untuk Solat Maghrib. Surau yang disediakan adalah selesa cuma tempat mengambil wudhu amat terhad.

Pusingan kedua

Selepas solat, mulanya saya bercadang untuk makan nasi tapi apakan daya perut dah kenyang. Lagipun lauk dah mula habis dan mereka tidak tambah lauk dah habis. Rumbia memang terkenal dengan antipembaziran.

Untuk pusingan kedua saya makan spaghetti, otak-otak, satar, mee goreng mamak dan ABC.

Makanan paling sedap

Antara yang paling sedap bagi tekak saya adalah sup kambing dan mee goreng mamak.

Keselesaan

Kami di tempatkan dalam dewan berhawa dingin. Oleh itu keadaannya amat selesa. Kerusi dan meja yang disediakan juga tidak bergoyang dan alas mejanya juga bersih.

Satu perkara yang menjatuhkan rating Rumbia Resort kali ni adalah serangan lalat yang terlalu banyak.

Saya terpaksa membuat aduan pada staf mengenai kehadiran lalat yang pada saya amat tidak terkawal sehinggakan kami terpakse bergilir-gilir menjaga makanan dari dihinggapi lalat.

Selepas saya dan beberapa tetamu lain membuat aduan, barulah mereka menyediakan lilin penghalau lalat setiap meja. Walaupun tidak dapat menghapuskan semua lalat tapi bolehla Daripada takde langsung lilin tu.

Tutup awal

Saya tunggu sehingga jam 8.30malam kerana staf Rumbia sudah mula mengemas meja di dalam dewan yang mana sudah tidak ada tetamu.

Pada pandangan saya dan beberapa rakan lain, 8.00 malam untuk tidak menambah makanan dan 8.30 untuk mengemas adalah terlalu awal. Bagi sesetengah orang yang ingin makan sikit sebelum solat, sambung lepas solat memang tidak sempat dengan aturan sebegini.

Proses Bayaran

Boss saya memberi amanah kepada saya untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit beliau kerana beliau terpaksa beredar lebih awal.

Kaunter pembayaran di tempatkan di laluan keluar ke parking untuk bayaran tunai. Bagi bayaran menggunakan kad, staf akan membawa tetamu terbabit ke bahagian dalam restoran.

Proses pembayaran menggunakan kad adalah lancar tanpa sebarang kelambatan dari segi talian atau mesin.

Beberapa gambar sekitar majlis kami di bawah

Geng bujang dan weekend husband
Makanan kami pusingan pertama
Lalat!!

Lokasi : Paka, Dungun Terengganu

Mod : Buffet Ramadhan

Order : Buffet

Rumusan
  • Lokasi
  • Kebersihan
  • Kesedapan
  • Servis
  • Kenyang
  • Harga
4.4