Domino’s Pizza Kuala Ibai

Domino’s Pizza Kuala Ibai adalah premis Domino’s Pizza yang terdekat dengan tempat kami. Pilihan yang ada untuk kami di premis ini adalah dine-in dan takeaway sahaja.

Delivery juga disediakan tetapi tempat kami berada dalam kampung jadi mereka tak buat delivery. Jarak dari Domino’s Pizza Kuala Ibai ke tempat kami kurang dari 5km sahaja. Mereka hanya boleh deliver sampai ke hujung jalan besar sebelum masuk jalan kampung je.

Ssamjeang Pizza

Domino’s Ssamjeang Pizza ni dah lama kami tunggu Domino’s buat comeback. Last makan pizza ni bulan puasa tahun lepas. Kami anak beranak memang suka makan pedas-pedas. Kalau setakat Mamee Daebak tu takde kesan langsung kat lidah kami.

Proses Tempahan

Kami buat 2 tempahan menggunakan 2 akaun berbeza sebab nak pakai kod promosi yang berlainan. Order A buat jam 4.07 anggaran siap jam 4.22 petang. Order B buat jam 4.30 anggaran siap 4.45.

Antara order A dan B tu besar jarak masa sebab kami tersalah gunakan kod promo untuk happy hour belah malam. Jadi kena ulang balik semua.

Pick Up

Kami sampai di premis Domino’s Kuala Ibai jam 4.50 petang. Waktu ni takde pelanggan lain. Kedua-dua order kami sudah siap dan boleh diambil. Ada banyak belon kat premis ni, kalau ada anak-anak boleh mintak belon dengan diorang.

Pengalaman dengan premis Domino’s Kuala Ibai kali ni memuaskan hati. Pengalaman kami sebelum ni agak tidak memberangsangkan kerana mereka kekurangan kakitangan.

Rupa bentuk

Ssamjeang Pizza yang kami order adalah Ssamjeang Beef dan Chicken. Ssamjeang Beef nampak lebih menyerlah disebabkan sosnya yang berwarna merah pekat. Manakala Ssamjeang Chicken pula sosnya berwarna putih.

Ssamjeang Beef Pizza menggunakan kepingan daging yang dihiris sebagai topping menyerlahkan lagi rupanya. Ssamjeang Chicken Pizza pula menggunakan hirisan isi ayam sebagai topping. Warnanya yang kurang kontras dengan warna base pizza menyebabkannya kurang menyerlah.

Pizza yang kami terima berbentuk bulat yang sempurna dengan ketebalan yang sekata. Kalau tengok pun ada perasaan nak makan lah.

Rasa

Ssamjeang Beef Pizza rasanya agak masin tapi masih mengekalkan tahap kepedasan standard makanan Korea. Walaupun pedas tapi ada saya masih boleh dimakan. Anak saya yang darjah 4 pun boleh makan tanpa masalah.

Ssamjeang Chicken Pizza pula ada rasa manis isi ayam dengan kepedasan yang kurang sedikit berbanding Ssamjeang Beef Pizza.

Kenyang

Saiz bagi pizza yang kami tempah kali ni adalah saiz Regular 9″. Saya makan 2 slice Ssamjeang daging dan 1 slice Ssamjeang Chicken. Dah cukup kenyang dah. Untuk anak kami beli satu simply cheese pizza regular.

Untuk keluarga kecik macam kami ni, 2 regular pizza dah cukup kenyang bagi kami. Siap boleh simpan lagi untuk makan kemudian.

Lokasi : Tepi jalan besar Kuala Ibai seberang Masjid Tengku Tengah Zaharah

Mod : Take Away

Order :

  • Ssamjeang Beef Pizza (Regular)
  • Ssamjeang Chicken Pizza (Regular)
  • Simply Cheese Pizza (Regular)
  • Cheezy Four
  • Ayam Haseyo

Rumusan
  • Lokasi
  • Kebersihan
  • Kesedapan
  • Servis
  • Kenyang
  • Harga
4.8